Senarai Orientalis Barat, Karya Mereka dan Serangan Terhadap Islam


Oleh : Zaharuddin Bin Ab. Rahman
http://www.zaharuddin.com

zaharuddin@yahoo.com

Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga seluruh mukminin & mukminat.

Rencana ini menyentuh tentang para pengkaji ilmu Islam dari kalangan bukan Islam (orientalis) dan hasil tulisan mereka yang mana karya-karyanya terdapat seribu satu jenis racun yang mampu melemah dan menyeleweng fahaman sebenar Islam.

Penulisan ini dibuat dalam bentuk separa ilmiah, bertujuan memberi maklumat mudah kepada golongan awam dan professional Islam terutamanya yang sering bergantung kepada rujukan buku berbahasa Inggeris.

Penulisan ini akan mendedahkan hal berikut secara ringkas:-

1. Beberapa jenis kumpulan Orientalis
2. Senarai Nama Orientalis yang berbahaya, latar belakang & beberapa dakwaan jahat mereka.
3. Senarai nama kitab karangan mereka yang sangat merbahaya.
4. Kumpulan karya Orientalis yang boleh dibaca.
5. Beberapa buah karya Bekas Orientalis yang telah masuk Islam
6. Antara Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis dan karya mereka.

Jenis kumpulan Orientalis

  • 1. Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan dongeng. Jenis ini banyak mereka cipta kisah bohong & fitnah terhadap Islam. Muncul dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis, bagaimanapun semakin berkurangan dari masa ke semasa.
  • 2. Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan Arab dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut Ekonomi dan Politik dan Penjajahan baru.
  • 3. Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu sengaja menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka.
  • 4. Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji akademik yang tulus ikhlas dan professional, bagaimanapun sebenarnya mencari kelemahan Islam serta meragukan kesohihan Risalah Islam, Aqidah Tauhid, kesahihan Al-Quran, Hadith dan lain-lain.
  • 5. Kumpulan yang benar-benar membuat kajian secara ilmiah dan professional tanpa sebarang sentimen agama, yang mana setengahnya membawa mereka kepada Islam. (Rujuk Dr Hamdi Zaqzuq, ms 78-79)

Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka

Berikut ialah nama Orientalis serta Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam Bahasa Malaysia), Tahun Keluar (Masihi) serta Catatan Ringkas:

Bil Nama Tajuk Buku Catatan
1. A.J Arberry
  • Islam Hari Ini (Islam Today)
  • Pendahuluan Sejarah Tasawuf
  • At-Tasawuf
  • Terjemahan Quran (1948-1950)
  • Warga British, sangat memusuhi Islam. Professor di Universiti Cambridge.
  • Ramai pelajar Mesir belajar dengannya dalam Pengajian Islam
2. A. Geom
  • Buku: Al-Islam
Warga British, sangat memusuhi Islam. Pensyarah di Universiti di Britain & USA. Jelas dalam karyanya agenda missionary. Ramai pelajar Mesir mempelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kerajaan Mesir
3. Baron Garra de Vaux Salah seorang pengarang Islamic Encyclopedia ·

Berbangsa Perancis dan sangat musuhi Islam

4. H.A.R Gibb
  • Pengarang utama Islamic Encyclopedia
  • Cara Islam (Inggeris & Arab)
  • Pendekatan Baru Dalam Islam (Inggeris&Arab)
  • Mazhab Muhammadi (Mohammedanism)
  • Islam & Masyarakat Barat
  • Whither Islam 1947
Warga British, Orientalis terbesar. Ahli dalam kesatuan Bahasa di Mesir. Profesor di Universiti Hartford, USA· Karya-karyanya sangat bahaya kepada Islam
5. Goldziher
  • Pengarang utama Islamic Encyclopedia
  • Sejarah Mazhab Tafsir Islam (Inggeris & Arab)
  • Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam (Introduction to Islamic Theology & Law)
  • Halangan Muhammad
Pengasas gerakan meragukan kesahihan hadith. Dianggap pakar dalam bidang hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya. Mendakwa Quran diubah selepas Baginda SAW wafat. Tokoh utama oreintalis , terlalu benci kepada Islam
6. John Maynard Majalah Persatuan Pengajian Timur (1924)
7. S.M. Zweimer Dunia Islam (pengasas majalah ini)

b. Islam Mencabar

c. Demi ‘Aqidah

d. Al-Islam (1908-1911)

Berasal dari Amerika Syarikat , Missionari, sangat terkenal dengan permusuhannya dengan Islam
8. Aziz ‘Atiyyah Suryal Menulis beberapa buah kitab tentang Perang Salib .

Rakyat Mesir beragama Kristian. Belajar di Universiti Amerika, sangat benci kepada Islam.· Terlalu banyak menyelewengkan ajaran Islam.

9. G.Von Grunbaum Islam di zaman pertengahan

b. Perayaan Muhammad

c. Usaha Menerangkan Islam yang Moden

d. Pengajian Sejarah Keilmuan Islam

e. Al-Islam

f. Kesatuan & Kepelbagaian dalam Tamadun Islam

Rakyat Jerman berbangsa Yahudi tetapi menetap di Amerika Syarikat. Profesor di Universiti Chicago. Terlampau banyak menyerang Islam.
10. Phillip Hitti a. Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Arab

b. Sejarah Arab (History of Arabs) yang mengandungi tuduhan bahawa Nabi tidak siuman

c. Al-Islam

d. Sejarah Syria

e. Asal usul Agama Duruz ·

Rakyat Lubnan beragama Kristian. Professor Pengajian Timur Universiti Brenston, Amerika Sayrikat. Penyelia tidak rasmi kepada Kementerian Luar Amerika . Sangat benci kepada Islam dan enggan menisbahkan Islam dengan sebarang kebaikan atau keutamaan
11. Carl Brocklemann The History (Jerman, Inggeris)
12. A.J Weinsink : Aqidah Islam (1932). Mendakwa Nabi SAW mereka Al-Quran hasil dari ringkasan kitab-kitab agama dan falsafah sebelumnya. Tetapi sesetengah karya Weinsink boleh dibaca (lihat selepas ini)
13. Kenneth Gragg a. Ketua Editor Majalah The Muslim World

b. Dakwah al-Makzanah (956) ·

Berasal dari Amerika. Sangat benci dan menentang Islam. Mengajar di Universiti Amerika di Qaherah beberapa ketika. Missionari Kristian. Ketua Jabatan Kristian di Universiti Hartford
14. L. Massignon a. Al-Hallaj , sufi yang syahid di Alam Islam

b. Salah seorang penting dalam karya Ensaiklopedia Islam.

Berbangsa Perancis, Orientalis terbesar keluaran Perancis. Penasihat Menteri Jajahan Perancis dalam hal ehwal Timur Afrika. Pengawas Kerohanian Kesatuan Missionari Perancis di Mesir. Pernah menjadi askar Perancis selama 5 tahun dalam Perang Dunia Pertama. Ahli Majlis Bahasa di Mesir dan Kesatuan Ilmu ‘Arab di Dimasq, Syria. Mendalami bidang Falsafah dan Tasauf Islam.
15. D.B. Macdonald a. Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan Teori Perlembagaan Dalam Islam

b. Pendirian Agama & Hidup Dalam Islam (1903-1908)

Berasal dari Amerika, dan di antara orientalis yang paling memusuhi Islam
16. M.Green Setiausaha Majalah Middle East
17. Majid Qadrawi Bukunya bertajuk “Perang & Damai Dalam Islam” (1955) Penganut Kristian dari Iraq, · Ketua Jabatan Pengajian Timur Tengah Universiti John Hopkins, USA· Ketua Ma’ahad Timur Tengah untuk Penyelidikan & Pendidikan di Washington·

Terlalu membenci Islam

18. D.S Margoliouth a. Perkembangan Baru Dalam Islam

b. Muhammad & Kelahiran Islam

c. Universiti Islam

Berbangsa Inggeris
19. R.A Nicholson a. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam

b. Para ahli Sufi Islam

c. Sejarah Sastera Arab.. (1910-1930) ·

Berbangsa Inggeris. Sangat bencikan Islam· Menafikan Islam agama wahyu· Mendalami bidang Tasawuf Islam.
20. Henry Lammens a. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam

b. Al-Islam

c. At-Toif

d. Majalah Kesatuan Pengajian Timur USA (1925) ·

Berbangsa Perancis. Tersangat merbahaya. Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan .· Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam seperti mengubah tarikh lahir Nabi SAW serta membuat gambaran jahat terhadap Fatimah az-Zahra .
21. Joseph Schacht a. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam

b. Usul Fiqh Islam

c.. Sumber Fiqh Islam (The Origins of Mohammadans Jurisprudence) ·

Berbangsa Jerman. Menghasilkan banyak karya tentang fiqh dan Usul Fiqh. Mendakwa asas syariat Islam adalah cedokan undang-undang Rom
22. Rudi Paret a. The Quran

b. Der Koran ·

Menuduh Nabi SAW mereka sendiri Quran, dan mengambil pengalaman hidup dan ilmu tentang Isa dan Maryam sebagai asas rekaan Al-Quran
23. Karl Heinrich Becker Pengasas Majalah Islam
24. Jetson Phiit Majd al-Islam (Kemuliaan Islam) Menghentam Islam melalui bukunya
25. Richard Bell “Al-Quran & Hubungan Nasrani dengan Nabi SAW (Arab & Inggeris) Profesor Bahasa Arab di Universiti Edinburgh
26. Lord Mendakwa Nabi terpengaruh dengan ajaran Yahudi dan mereka permulaan beberapa surah dengan huruf-huruf. Seperti ‘Alif Lam Mim’ dan lain-lain.
27. Najib al-‘Aqiqi Al-Musytasriqun (Orientalis) Berbangsa Arab
28. W.C. Smith “Islam in Modern History
29. Montgomery Watt a. Sirah Nabi di Mekah ,

b. Sirah Nabi di Mekah(Mohammad In Mecca & Medina)

c. Mohammad, Prophet & Statesman

30. Dr C.G Pfander: ‘Neraca Kebenaran (Mizan al-Haqq)’ Mencabar Ulama Islam berdebat dengannya, disahut dan dilakukan pada 1854 M. Hasil debat ini akhirnya Pfander mengakui terdapat 8 tempat penyelewengan dalam Injil. Debat dibuat dalam beberapa hari, pengikut Kristian yang semakin ramai membanjiri majlis, kecewa dengan Pfander.· Kelemahan hujjah Pfander ketara hingga beliau tidak datang pada hari ke 3 debat. Syiarnya selepas itu, “Kiranya Syeikh (ulama yang berdebat dengannya) ada di satu tempat, saya beredar dari tempat itu.” (Lihat Abu Hasan Ali An-Nadawi)
31. George Sale Terjemahan al-Quran ke Bahasa Inggeris
32. Hamilton Jobb ‘Asas Bina Pemikiran Agama dalam Islam’ Banyak melakukan penyelewengan maklumat dan menyelewengkan pendapat ulama dalam bukunya.
33. William Muir Cuba meragukan Bahasa al- Quran dan menuduh ianya tidak terjamin dari kesalahan
34. Louis Gardeih ‘Falsafah Pemikiran Agama antara Islam dan Kristian’ Mendakwa Saidina Uthman yang menyusun surah dan ayat quran
35. Z.P Bodly Menuduh kotor isteri-isteri Nabi. Dakwaan bohong yang mengatakan Nabi mempunyai hubungan dengan Rahib Kristian dan juga dakwaan bohong Nabi dipengaruhi Paderi Waqas B. Sa’adah dan Waraqah Nawfal. (Lihat Anwar al-Jundi)
36. Cofan, Renan, Jano

Berikut pula adalah beberapa nama buku bahaya hasil karya para Oreintalis dan yang terpengaruh dengannya.

  • 1. The Encyclopedia Of Islam – Terbitan pertama tahun 1913 hingga 1938 dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian ensaiklopedia ini cuba diterjemah ke bahasa Arab sehingga huruf ‘ain. Projek ini terhenti dan para penterjemahnya melakukan kritikan yang banyak terhadap kandungannya hinggalah membawa kepada pindaan sebahagian besar dari isi kandungannya. Terbitan baru tahun 1954 . Diterbitkan dalam 6 jilid, dan kelihatan agak sederhana dalam kebanyakan pendirian terhadap masalah khillafiah, disebabkan ada sedikit campurtangan para ulama dalam kandungannya. Terjemahan sempurna ke dalam bahasa Arab siap dan dikeluarkan pada tahun 1997 dalam 32 jilid.
  • 2. The Encyclopedia Of Britanicca _ amat banyak meneyeleang dalam pelabagi bab. Termasuk dalam bab Al-Quran yang telah di jawap oleh Syeikh Prof. Dr Fadhal Hasan Abbas.
  • 3. Majalah ‘The Muslim World’
  • 4. Shorter Encyclopedia Of Islam
  • 5. Encyclopedia Of Religion and Ethics
  • 6. Encyclopedia Of Social Sciences
  • 7. Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee
  • 8. Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir
  • 9. Al-Islam oleh Alfred Geom
  • 10. Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson
  • 11. Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin
  • 12. Al-Islam dalam Bahasa Perancis oleh Henry Lammens
  • 13. Al-Islam dalam Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer
  • 14. Islam Today oleh A.J Arberry
  • 15. Translation of Quran oleh A.J Arberry
  • 16. Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dalam bahasa Jerman & Arab oleh Goldziher
  • 17. Arabic History oleh Phillip Hitti
  • 18. Majalah Al-Islam – Keluaran Malaysia
  • 19. Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh
  • 20. Qamus Al-Munjid : Dr Mustafa al-Jawad telah memberi komentar bahawa dikenalpasti lebih 324 penyelewengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya kecuali ketika sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah (الطلقاء) , diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis tidak sempat menyemak hal ini)
  • 20. Dan lain2 kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan karya yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam.

Antara Karya Orientalis yang boleh dibaca

Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah diiktiraf sebagai mempunyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :-

1. Prof T. W Arnold – The Preaching of Islam
2. Stanley Lane Poole – Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi)
3. Stanley Lane Poole – Moors in Spain
4. Dr Aloys Sprenger – Pendahuluan kitab ‘Al-Isobah fi tamyiz as- sahobah karangan’ Al- Hafiz Ibnu Hajar
5. Edward William Lane – Mu’jam Arabic-English Lexicon
6. A.J Weinsink – Mu’jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang 6, iaitu Musnad Ad-Darimi , Muwatto’ Malik dan Musnad Ahmad diterjemah ke bahasa Arab Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi dengan kata pengantarnya oleh Syeikh Mohd Rashid Ridha
7. G.B Strenge – Land of the Eastern Caliphate

Antara karya bekas Orientalis yang telah memeluk Islam.

1. Islam at the Crossroad oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
2. Road to Mecca oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
3. Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus)
4. Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus)

Beberapa Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis

Al-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan bahawa selain orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat juga spesis anak buah berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha meragukan kekuatan Islam serta membawa berita dan fakta bohong dari kalangan umat Islam.

Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran Orientalis. Mereka juga adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan ini yang menyeleweng akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai tujuan-tujuan lain. Antara yang boleh dianggap demikian adalah seperti berikut :

1. Prof. Ahmad Amin

Pernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, mempunyai sijil dalam Qadha’ Syar’ie)

Kitabnya bernama ‘Fajr al-Islam’ · Majoriti kandungan kitab ini adalah tentang Hadith Nabi. Di antara dakwaan di dalam buku ini kononnya Abu Hurairah r.a. lemah dalam meriwayatkan Hadith, Imam Abu Hanifah tidak mempunyai Hadith, menuduh Ibn Mubarak lalai, mempertikaikan keadilan Sahabat Nabi, menimbulkan keraguan terhadap Imam Bukhari.·

2. Abu Rayyah Adwa’:

Tulisan bertajuk ‘ala As-Sunnah · Mempertikaikan Abu Hurairah

3. Ismail Adham.

Tulisan mengenai Sunnah (tahun 1353 H) . Mengisytiharkan hadith sahih dari kitab-kitab sunan tidak sah, serta menuduh ianya mawdu’ (rekaan)

4. Prof. Ali Hasbullah:

Buku bertajuk : Usul At-Tasri’ Al-Islami . Mendakwa maslahat perlu diutamakan apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah yang Qat’ie.· Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buti , Syeikh Muhd Al-Ghazali dan ramai lagi.

5. Syeikh Ali Abd Raziq

Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul Perundangan tahun 1925 ). Menuduh tiada politik dalam Islam. Kitab ini dikecam hebat oleh ulama Islam semasa. Antara ulama yang menjawab ialah Syeikh Muhd Bakhit al-Mut’ie dan Syeikh Khudar Hussain. Akhirnya penulis telah menarik balik dakwaannya selepas itu, demikian menurut Dr. Muhd ‘Amaroh

6. Prof Khalid Muhd Khalid :

Bukunya bertajuk ‘Min Huna Nabda (Dari sini kita bermula)’ dan ‘Ad-Demoqratia Abadan’ · Kitab ini dijawap oleh Syeikh Muhd Al-Ghazali dalam kitabnya ‘Min Huna Na’lam’ (dari sini kita tahu)· Akhirnya penulis ini juga menarik balik kalamnya lalu menulis kitab baru tajuk ‘Ad-Dawlah fil Islam’– Bab Maslahat

7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali (Seorang Profesor Undang-undang )

‘Manahij at-Tafsir fil Fiqh al-Islami’ (Perlu dingat hanya sebahagian kecil dalam bab tertentu sahaja yang perlu disemak & diperbetul, majoriti karyanya adalah diiktiraf, manakala kitabnya yang lain dipuji seperti Mabadi’ Nizom al-Hukm fil Islam– Al-Qaradhawi) · Bab Maslahat, mendakwa Saidina Umar ra membatalkan Nas Quran kerana Maslahat. Dakwaan palsu ini dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll.

8. Dr Nur Farhat (Prof Undang-undang & dekan Kuliah Undang-undang di Universiti Az-zaqaziq) Di mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar

9. Sai’d al-Ushmawi Mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar

12. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia).

Dalam kebanyakan artikel karya mereka. Tiada ruang untuk dinyatakan di sini. Kebanyakan dakwaan dan pertikaian disebabkan kekurangan maklumat Islam hakiki dan jahil. Di makumkan juga, pihak SIS ini sering mendapat bahan kajian ilmiah yang boleh meragukan tentang Islam dari sumber-sumber dari Orientalis Barat.

13. Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan tulisannya. Dia juga pernah mengaku dalam satu forum terbuka bahawa dia sengaja membawa isu-isu pelik berkaitan Islam untuk melariskan majalah yang dia menjadi pengarangnya.

14. Dr. Kassim Ahmad ; Semua hal berkaitan hadith. Menafikan hadith secara total. Pemimpin gerakan Anti Hadith Malaysia.

Demikianlah beberapa maklumat yang mampu disertakan oleh penulis melalui beberapa pembacaan analisa para ulama Islam. Justeru, semoga seluruh muslimin dan muslimat yang prihatin dapat meneliti senarai yang disertakan dan berhati-hati.

Apa yang benar dari Allah, dan segala kesilapan adalah hasil kelemahan diri dan gangguan syaitan.

Sekian,
Irbid,
1 July 2003

Senarai Rujukan :

  • 1. Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Istisyraq wal khalfiah al-Fikriah lissiro’ al-khadori, Dar Al-Ma’arif, tanpa tarikh.
  • 2. Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Islam wal Istisyraq , kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempatdi India.
  • 3. Dr Mustafa As-Siba’ie, Al-Istisyraq wal mustasyriqun malahum wa ma alaihim, Dar al-warraq, Beirut, cet 1, 1999 m
  • 4. Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadawi, Al-Islamiyyat Bayna al-Mustasyriqin wal Bahithin al-Muslimin, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempatdi India Nadwah
  • 5. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Islam, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
  • 6. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Quran al-Karim, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
  • 7. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun was Sunnah , kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
  • 8. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wa al-Sirah An-Nabawiyah , kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
  • 9. Dr. Mustafe As-Sibi’e , As-Sunnah wa makanatuha fil Islam, Dar al-Warraq, Beirut, cet 1, 1998 m
  • 10. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, As-Siyasah As-Syra’iyyah , Mua’assasah Ar-Risalah, Beirut, cet 1, 2001
Published in: on August 10, 2008 at 4:43 pm  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://warkah2umat.wordpress.com/2008/08/10/senarai-orientalis-barat-karya-mereka-serangan-terhadap-islam-2/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: